CARA MENENTUKAN KAPASITI AIRCOND

Memandangkan keadaan cuaca yg tidak menentu sekarang ni, adakalanya sangat panas..dan kadang2 Hujan, sejuk plak..memang tidak di nafikan..ini adalah satu fenomena alam di Akhir Zaman mungkin, Oleh kerana tidak tahan dengan cuaca panas, ramai yang membuat keputusan untuk memasang aircond dan kadar permintaan aircond pula menjadi semakin tinggi skang ni..Seronok la taukey Aircond kt luar sana tu..masyuk saje dia..biar p kat dia lah, itu rezeki dia kan.., Walaubagaimanapun, Jom lihat sepintas lalu sedikit Tips sebelum beli aircond untuk bekalan..



1. KADAR BTU/jam :
Ramai yg kurang faham ttg BTU/jam..dan ada juga yg x ambil kisah pun.. Sebenarnya kadar BTU/jam penting semasa membuat pemilihan aircond yg sesuai.. benda ni kita kena tanya..dan salesman memang xdenya tiba2 nk bercakap ttg BTU/jam ni.. dia kira nak jual dan dpt komisen..tu je..tp x semua salesman kot..

a) Pilih kadar BTU/jam yg tinggi pada setiap Horsepower yg sama..
Contohnya : aircond jenama A - 1HP ( 8000BTU/jam) dan aircond jenama B - 1HP (9000BTU/jam). Jika kedua-dua jenama ni mempunyai harga yg sama atau lebih sposen dua..pilih la aircond jenama B.. sebab ape? sebab kuasa penyejukan nya cepat..mungkin sebelum ni ada yg tgk pada horsepower je.. sebenarnya yg menentukan kuasa penyejukan ialah kadar BTU/jam.. nak jelas lagi? tgk pengiraan nya plak..

b) Pengiraan untuk BTU/jam..
Untuk pengiraan menentukan kapasiti BTU yang diperlukan untuk sesuatu bilik adalah:
  1. Darab jumlah kaki persegi bilik dengan 25 
  2. Tambah 1,000 untuk setiap tingkap
  3. dan 400 untuk jumlah penghuni bulik tersebut
  4. Jika bilik menghadap matahari, tambah 10% kepada julah yang dikira di atas.
Sebagai contoh, jika bilik anda 14' x 12', 2 tingkap, 3 orang penghuni, kapasiti BTU yang sesuai untuk penyaman udara bilik anda adalah:



[(14x12) x 25]+[2 x 1000]+[3 x 400]=[4200+2000+1200]=7400 BTU/jam



Jadi, penyaman udara 1 HP sudah memadai untuk bilik anda..tp kenapa perlu pilih BTU yg maximum utk 1HP? sebab kita nak rasa cepat sejuk..ok.

2.TEMPOH PENGGUNAAN :
Aircond dgn fungsi inverter adalah pilihan yg baik bagi tempoh pengunaan yg panjang... kalo rasa nk berkurung dlm bilik 24 jam xnak kuar2..elok sgt lah guna yg inverter..

3. CIRI IONIZER :
Ionizer sebenarnya sistem yg mengeluarkan -ve dan +ve ion yg akan menghapuskan fungus dan bakteria di udara. kadang2 bilik berhabuk..owner plak jenis alahan..elok sgt la cari aircond yg ada ciri ionizer ni. Tp kalo x pernah nak cuci bilik..habuk tebal 4 inch..memang sedih la... ionizer ni sikit2 boleh la kan.."ionizer bukan nya vacuum".. 

4. KEDUDUKAN BILIK :
Pun kena tengok jugak..masa matahari naik terpancar elok ke dinding bilik..memang panas sungguh la dinding bilik tu..boleh nk pasang aircond tp pilih la yg besar sket Horsepower nya.. simple je.. kadang2 bila da pasang aircond elok2 pastu complaint knape x sejuk..Sebenarnya bukan salah aircond tp di sebabkan faktor2 ni la yg jd punca..


Comments

Popular Posts