About Us



D RIZZ RESOURCES telah didaftarkan di Pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia cawangan Shah Alam pada 17 Oktober 2002. Syarikat ini beralamat di No 33, Jalan Restu 1, Taman Sri Puteri, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan  dan merupakan syarikat berstatus 100% Bumiputra.


Syarikat ini bergiat aktif dalam menjalankan   kerja-kerja pembinaan, landskap, kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal dan elektrikal. Selain dari memiliki pengalaman kerja yang banyak, kami juga mempunyai kakitangan-kakitangan yang mahir serta cekap dalam melakukan pelbagai bidang kerja. Sokongan yang kami terima daripada kontrakor-kotraktor dan juga pembekal-pembekal bahan binaan di sekitar lembah Klang telah menjadikan syarikat kami lebih komited dalam melaksanakan kerja-kerja yang kami terima.


Selain berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, D RIZZ RESOURCES juga telah didaftarkan di agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Kewangan (KKM), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).


Pada tanggal 2 Julai 2015 D RIZZ RESOURCES telah maju setapak lagi kerana telah dinaikkan taraf daripada taraf G1 ke taraf G2 sejajar dengan seruan kerajaan untuk menjadikan syarikat bumiputra lebih berdaya saing.


D RIZZ RESOURCES juga mempunyai matlamatnya yang tersendiri untuk berdiri teguh seiring dengan syarikat-syarikat kontraktor yang lain. Dengan demikian, demi memperkukuhkan lagi nama syarikat ini di persada pembangunan Negara, kami melipatgandakan usaha kami serta bijak mencari peluang-peluang kerja yang ada untuk berkembang maju seiring dengan matlamat Negara untuk mencapai Wawasan 2020.

Comments

Popular Posts