DIY: CARA CHECK KEROSAKAN ELEKTRIK DI RUMAH

Assalamualaikum..

Hai, pernahkah rumah korang tetiba tiada elektrik.. kalau waktu malam jenuh la tengok rumah jiran sebelah lampu dorang menyala ke tak.. lagi payah kalau siang kan.. tak leh nak tau letrik ada ke tak.. terpaksa la tanye jiran kan.

Apabila rumah tiada bekalan elektrik, ada dua kemungkinan punca iaitu:
1) Masalah Elektrik SEBELUM Meter TNB (tanggungjawab TNB)
2) Masalah Elektrik SELEPAS Meter TNB (tanggungjawab Tuan Rumah)

sebenarnya senang je nak tau apa masalah yang menyebabkan tiada bekalan elektrik..

just check dekat meter TNB rumah. jika tiada bacaan (meter elektronik), bermaksud supply tidak masuk ke DB.. tidak payah check, just telefon sahaja tnb (15454). jika ada bacaan meter, so bukan masalah TNB. masalah mesti berpunca dari wiring rumah kita.

Tetapi sebelum itu mencari kerosakan wiring.. mari kita memhami sedikit sebanyak berkenaan DB nie..


1. ELECTRICAL DISTRIBUTION BOARD(DB)

DB merupakan kotak agihan elektrik, setelah menerima supply TNB melalui meter TNB, beban akan dipecahkan dalam DB seperti gambar di bawah.


SINGLE PHASE DB

2. DP MCB
juga dikenali main switch dalam DB, merupakan suis utama, jika kita off main switch tersebut, maka satu rumah la tiada supply elektrik. Main switch juga adalah untuk memutus litar jika amp lebih tinggi daripada had yang dibenarkan.. dalam gambar nie kita dapat lihat kadar limit adalah 63Ampere.

3. RCD
Maksud RCD adalah Residual Current Device, ia juga untuk memutuskan litar, tapi ia berfungsi apabila arus tidak stabil. dalam konsep elektrik, arus yang masuk adalah sama dengan arus yang keluar, so bila ada short circuit, arus masuk  tak sama dengan arus keluar menyebabkan RCD itu trip.

4. SP MCB
Maksud SP MCB adalah Single Pole Miniature Circuit Breaker, electrician panggil MCB jek. di sini la load dipecahkan.. contoh nye satu MCB hanya supply untuk 5 biji lampu & 1 biji Kipas. fungsi MCB untuk memutuskan satu litar sahaja.. kalau kita tengok gambar di atas, kita boleh nampak bahawa DB tersebut cuma mempunyai 8 litar.

setelah kita fahami komponen2 di dalam DB, senang la nk check apa masalah yang berlaku.

selalunya jikalau ada litar pintas (short circuit) akan menyebabkan RCD melatik(trip). so cara nya adalah :
  1. off semua SP MCB
  2. on  RCD
  3. on satu-satu SP MCB (MCB 1 sampai 8)
  4. jikalau on MCB menyebabkan RCD trip, off kan MCB tu dan on kan balik RCD tersebut
  5. then on kan MCB yg selain  MCB yang menyebabkan RCD tadi trip
  6. so MCB yang tak le on tu memang ada masalah.
so just matikan MCB yang masalah.. yang lain tu on sementara korang panggil electrician datang check..

selamat mencuba.. adiossss...







Comments

  1. Mmng terbaik ..tadi eletrik rumah saya tiba2 of ..buat macam2 x boleh on..last2 google ..jumpa blog ni..ikut penerangan yg encik ajarkan..dah boleh cuma suis untuk lampu x boleh on ..ada masalah..yg lain ok ..terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete
  2. Tq info.. masalah elektrik rumah sama juga trip.. saya dah mencuba cara2 mengesan kerosakan tapi masih belum jumpa punca trip. Masalahnya.. ianya berlaku sekitar jam 10 malam sehingga awal pagi. Saya on rcb selang lepas 10 min trip lagi.. paling lama bertahan hampir 1jam lepas tu trip lagi.. saya pernah x tido asyik jaga rcb trip sambil buat test satu2 mcb setiap.stgh jam.. masih berlaku juga.. adakah overload atau masalah wiring mereput.. rumah saya baru 15 tahun. Sy terfikir untuk membuat wiring semula tapi sebelum tu saya ingin tau punca dulu sbb wiring semula melibatkan kos agak tinggi juga. Mohon pendapat dan pandangan tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam spana hidup, menurut megamatan saya punca masalah tuan adalah disebabkan lampu kalimatan, bila sudah on lama choke/balast lampu tersebut panas dan mencairkan cable menyebabkan berlakunya litar pintas, so saranan saya check satu persatu lampu kalimantandan cari cable yg rosak. tape cable tersebut dah jauhkan cable & choke. adalah lebih baik tuan panggil electrician untuk keselamatan.

      Delete
    2. Salam tuan.
      Saya nk tnye.
      DB sy tibe ada macam elektrik dkt sp mcb..nmpk chaya current dari tadi..
      Apekah sebab nya danacam mana nk atasi masalah ini

      Delete
    3. Adakah bole belaku kebakaran ? Memang nampak api dekat sp mcb.tapi db or rcd xtrip tuan

      Delete
  3. mohammad muaz, ada dua kemungkinan berlaku spark kat mcb
    1) cable tidak ketat
    2) MCB sudah tidak bfungsi dengan baik..
    adalah dinasihatkan supaya anda panggil wireman bertauliah untuk check..
    dan ini boleh menyebabkan kebakaran

    ReplyDelete
  4. Salam..tuan.saya ada guna aircond , water heater ... saya perlu tambah MCB ke tuan?

    ReplyDelete
  5. Salam tuan..masalah saya,bila on aircon siang hari DB ok je..tapi bila saya on aircon malam hari,DB akan trip.elcb 100mA tapi main switch cuma 32A je.seblum ni guna mcb 20A..dah tukar 32A pun masih trip malam hari..apa masalahnya ya..

    ReplyDelete
  6. Salam tuan, sy ade masalah dgn trip kat rumah saya.. Dan berlaku beberapa kali.. Last sekali ia berlaku seperti percikan api kluar dr main suis, means DP MCB.. Buat masa ni sy tak guna pakai brg electric yg perlukan penggunaan elektrik yg byk . Masih mencari electrician utk lihatkan masalah rumah sy. Sy khuatir akan ada masalah lebih besar lagi.

    ReplyDelete
  7. dp mcb rmh saya ada bau hangit terbakar, adakah ini berpunca dari penggunaan amp melebihi yang dibenarkan..jadi apa tindakan yang boleh saya lakukan TQ

    ReplyDelete
  8. salam tuan nak tanya bolehke tambah soket 3 pin yang sediada. berapa jumlah amp yang sepatutnya untuk peti ais dan aircond.

    ReplyDelete
  9. Assalam tuan baru2 nie tnb Ada buat break down setengah jam tiada electric...selepas Ada electric lampu kadang2 padam sendiri, plug sekejab Ada, sekejab tak Ada....apakah punca nya...sudah panggil wireman pun pening tiada jawapan....harap tuan dapat membantu.....tq

    ReplyDelete
  10. En..
    Nk tnye..
    Umah sy dlm kul 4 pg sy dengar cm bunyi meletop..
    Trus black out..cek kt kotak fius.
    Semua on..xde yg tendang..
    Ape msalah ye..jiran tingkat bwh n sekeliling ade je letrik..

    ReplyDelete
  11. maaf yang bertanya, saya jarang buka blog sebab kekangan masa.. oleh itu sebarang pertanyaan boleh terus whatapps saya 019 222 4332

    ReplyDelete
  12. untuk pertanyaan just link ini http://www.wasap.my/+60192224332

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy nk tnye smlm umh ad eletrik, hujan angin Dan kilat, sy tngk kt fuis meter bsah, fuis automatic bejetak la, sy on la fuis automatic, lampu nyala, sy cuba buka TV, bejatak balik fius automatic, sy x cabut plat TV dgn astro cuma tutup suis je, sy on balik fius automatic nyala lampu, lpas tu bejetak balik fius automatic, apakah punca dye

      Delete
  13. boss,lampu ruang tamu n paking x mnyala,dh tukar switch plug baru masih x mnyala..satu plug dua suis,satu ruang tamu,satu lg paking..yng lain2 semua mnyala..please pencerahan..

    ReplyDelete
  14. buka switch 2 gang tersebut ada supply ke tidak mengunakan test pen. kalau tiada supply , check dekat DB adakah MCB trip.

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas info berguna ini.. Sgt membantu utk kaum wanita yg tak tahu menahu bab elektrik ni... Hihi.. Baru try td pagi.. Sgt membantu.... 👍👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  16. Terima kasih sangat membantu..tgh mlm tiada elekrik sampai kul 4 pg br terfikir Google..haha.. terima kasih sebab kongsi ilmu semoga Allah beri kemudahan kpd anda juga...

    ReplyDelete
  17. 1 pole switch fuses(suis utama) kerap terbakar jika berlaku kilat.. apa patut sy lakukan..

    ReplyDelete
  18. salam.. . rumah sy tiba2 takde elektrik. bila tgok jiran2 ade je elektrik.. pastu bila check meter kosong bacaan... n kotak meter panas. adakah sebb oversupply. .. boleh berlaku kebakaran ke??

    ReplyDelete
  19. Assalam.. rcb trip.. dpt detect 2 mcb problem apabila mcb on masih ok.. tetapi bila on suiz lampu automatic rcb trip.. smua suiz lampu termasuk kipas bila on teruz rcb trip.. ade solution x?

    ReplyDelete
  20. Sy tak tahu kenapa elektrik rumah sy trip semua suis kat SP MCB boleh on meter kat luar semua hidup tp elektrik tak ada dalam rumah

    ReplyDelete
  21. salam bos... rumah sy 2 tingkat masalah nya tingkat atas tidak menyala tingkat bawah menyala... mcm mana kita mahu tahu apa ya rosak...

    ReplyDelete
  22. Salam tuan knpa bila saya on suis kipas main suis akn tendang, tapi bila saya tutup ok je , adakah wirering kipas atau plak main suis tak support sebab plak main suis 415v/32a

    ReplyDelete

Post a comment

Popular Posts